Banner
OrangeBlueGreen BigMediumSmall GreenOrange
MBSJ

 
Ramadan

Newsflash

JiwangFM Stereo Portal adalah merupakan salah satu cabang kepada jaringan JWGnetwork™ di mana ideanya bermula sekitar tahun 2005/2006. Pada permulaannya, siaran radio kami hanya berjalan dalam format Mono dan secara sambilan bagi menambahkan slot rangkaian JWGnetwork™. Dengan bermottokan "Muzik Bukan Semata Jiwang" dan dibantu oleh beberapa Deejay dan Staff secara sukarela dan sambilan, kami berjaya bersiaran 24 jam sehari tanpa henti bagi menghiburkan dan memenuhi citarasa pendengar² di kalangan pengguna rangkaian kami.

 

     Walaupun secara sukarela, kami berusaha secara gigih dan sepenuh daya untuk memenuhi kehendak pendengar kami. Selain dari memutarkan lagu² terhangat dan terkini, kami juga melayan pendengar dengan memutarkan lagu-lagu pilihan mereka yang diminta di laman web kami, di mIRC (JiwangIRC #JiwangFM) dan juga dari alat² perhubungan internet seperti Yahoo Messenger, Skype dan pelbagai aplikasi lain. Dengan cara yang demikian, ianya dapat memudahkan Deejay bertugas kami untuk berinteraksi dengan pendengar² siaran kami yang di hormati pada bila² masa. Selain itu ianya juga memudahkan pihak kami untuk memanjangkan siaran kepada rakan² dan kenalan dalam usaha untuk meramaikan lagi pendengar hingga ke seluruh dunia melalui jaringan internet.

     Di samping itu juga, kami tetap berbangga kerana taraf penyiaran kami boleh dikatakan antara yang terunggul kerana sentiasa mencapai tahap maksimum pendengar hampir setiap hari. Bantuan dari para pendengar yang tidak putus² menyokong kami dengan memperkenalkan siaran radio kami kepada rakan² mereka di seluruh tempat telah secara tidak langsung menaikkan lagi rating pendengar kami hampir setiap hari. Ini secara tidak langsung telah mencanakkan lagi jumlah pendengar kami dan sekaligus telah menaikkan semangat kami untuk terus berusaha dalam memajukan radio internet JiwangFM ini. Komen dan cadangan yang baik dari pendengar akan kami terima dengan hati terbuka dan segala pandangan juga akan kami pertimbangkan untuk meningkatkan lagi taraf dan mutu penyiaran kami.

     Sekitar tahun 2007, JiwangFM telah meningkatkan taraf penyiaran kepada format "Stereo" di mana ia adalah lebih berkualiti untuk di perdengarkan kepada peminat. Dengan format ini, kami telah menerima banyak sokongan dari pendengar dengan maklumbalas yang positif kerana pendengar kami dapat mendengar siaran kami dengan lebih jelas dan tanpa gangguan. Selain itu, sekalung perhargaan kepada pendengar setia kami juga secara sukarela telah mempromosikan siaran radio kami kepada rakan²
mereka hingga siaran kami telah di dengari hingga ke serata dunia. Secara tak langsung, kami menjadi peneman setia kebanyakan mereka yang sedang bekerja tanpa mengira waktu. Permintaan lagu dan dedikasi dari pendengar juga semakin bertambah setiap hari walaupun di waktu tengah malam atau awal pagi. Ini merupakan satu kebanggaan kepada kami, walaupun secara sukarela permintaan dari pendengar yang semakin bertambah menyebabkan kami berasa sangat bangga dengan pencapaian kami sekarang. Walaupun begitu kami tidak pernah puas dengan apa yang kami miliki kini dan akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk semua. Dan kami akan terus meningkatkan lagi mutu kualiti penyiaran dari masa ke semasa tanpa memandang ke belakang. Itu janji kami kepada semua pendengar kami yang setia bersama kami di JiwangFM... 'Muzik Bukan Semata Jiwang'....

 

Muzik Bukan Semata Jiwang..!!

busyLoading Poll...
 Forum Latest Posts
Lawak : Sekolah..! 21-07-2009 10:52:28 SeMek
Re: Welcome Back EveryBody 04-07-2009 04:48:22 joe_ensem
Re: Welcome Back EveryBody 03-07-2009 03:26:49 EvaRieNa De SauZa
jom kongsi resepi lagu2 korg utk jd menu segment jiwangfm 29-04-2009 17:24:56 aus
berforum dgn dj-dj Jiwangfm 29-04-2009 17:03:34 aus
Re: Welcome Back EveryBody 24-04-2009 19:39:42 aus
Re: Welcome Back EveryBody 24-04-2009 02:55:42 Toys
Re: Welcome Back EveryBody 21-04-2009 19:17:06 aus
More...
JiwangFM .: Muzik Bukan Semata J|wang :.
PDF Print E-mail
Written by --== SeMek ==--   
Wednesday, 29 April 2009 09:14

Anda berminat untuk turut serta dalam pengurusan JiwangFM..? Berkeinginan menjadi juruhebah di JiwangFM? Kini!! pihak kami memaklumkan bahawasanya ada 3 kekosongan untuk di isi selaku DJ atau Juruhebah..! Segera dapatkan pihak-pihak bertugas kami di Server IRC dengan menaip /server irc.jiwangirc.org dan masuk ke room #JiwangFM untuk mendapatkan response kami.. atau anda buleh lah mengklik indicator di bawah untuk terus menghubungi kami melalui IM Yahoo Messenger :

  joe_ensem   tembAgA       aLin           bara

 JiwangFM JiwangFM JiwangFM JiwangFM

Last Updated on Sunday, 23 August 2009 09:43
 

Waktu Sekarang

JiwangFM

Visitors

113199
TodayToday139
YesterdayYesterday392
This weekThis week531
This monthThis month3767
AllAll113199